Quantcast
Channel: Ustaz Abdullah – Perawat Islam Dot Com
Viewing all 131 articles
Browse latest View live

Bagaimana Nak Tahu Gangguan Makhluk Halus Dalam Badan Dah Keluar?

$
0
0

Selama 6 tahun saya terlibat dalam bidang perubatan Islam ini, antara soalan yang kerap diajukan kepada saya ialah bagaimanakah caranya kita nak nak tahu gangguan makhluk halus dalam badan sudah pun keluar selepas selesai menjalain rawatan.

Baiklah, sebelum saya menjawab persoalan di atas, suka untuk saya jelaskan di sini dua perkara. Boleh dikatakan dua perkara tersebut adalah prinsip dan kepercayaan saya dalam rawatan. Ini dua perkara yang saya pegang kuat-kuat.

Pertama: Jika anda selalu mengikuti tulisan dan perkembangan saya, samada melalui blog ini, facebook dan juga emel, anda tentu tahu dan perasan benda ini. Saya selalu tegaskan bahawa sekiranya seseorang yang ada gangguan makhluk halus, pasti akan zahir pada dirinya apa yang dipanggil simptom-simptom gangguan.

Berdasarkan pengalaman saya, boleh dikatakan mustahil orang yang ada gangguan makhluk halus di dalam badannya, tetapi tidak muncul simptom atau gejalanya.

Apakah gejala atau simptom gangguan makhluk halus?

Saya kongsikan 14 tanda-tandanya:

1. Susah tidur malam.
2. Suka terjaga tengah malam.
3. Mimpi menakutkan atau mimpi ular, kucing, anjing, serigala dan sebagainya.
4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
5. Mimpi melihat makhluk halus.
6. Mimpi diancam benda tajam.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi menyusu atau mendukung bayi.
9. Selalu pening kepala.
10. Rasa berdebar-debar.
11. Cepat nak marah tanpa sebab.
12. Cepat lupa.
13. Rasa tidak bersemangat dan lesu.
14. Sakit di bahagian belakang terutamanya tulang belakang.

Anda ada gejala-gejala di atas?

Kedua: Apabila anda ada tanda-tanda di atas, itu bukanlah bermaksud yang anda dah komfem 100% ada gangguan makhluk halus. Anda perlu diruqyah terlebih dahulu. 

Tujuan anda diruqyah adalah untuk dipastikan apakah gejala yang anda hadapi memang betul berpunca dari kewujudan makhluk halus dalam badan anda. 

Apabila anda diruqyah, sekiranya memang benar ada makhluk halus, tubuh badan anda akan berlaku tindakbalas. Ini disebabkan makhluk halus yang ada di dalam badan anda merasa sakit, rasa panas dan sebagainya di dalam tubuh badan anda.

Sebagai contoh, anda mengalami gejala sukar nak tidur, walaupun mata anda sangat mengantuk. Jadi apabila perawat meruqyah anda, di bahagian mata yang diruqyah itu akan merasa sakit, pedih, panas atau rasa seperti dicucuk benda tajam.

Sekiranya anda mempunyai dua perkara di atas iaitu, pertama ada simptom-simptom gangguan dan kedua, berlakunya tindakbalas apabila anda diruqyah. Maka ini menjadi bukti bahawa di dalam tubuh badan anda mempunyai gangguan makhluk halus.

Jadi bagaimana nak tahu makhluk halus di dalam badan anda dah keluar? Pergi pada perkara pertama tadi, iaitu selepas anda dah dirawat, pantau perkembangan diri anda. Lihat kembali pada gejala-gejala gangguan yang dialami sebelum anda dirawat.

Contohnya katakanlah sebelum dirawat, gejala yang anda alami ialah kerap bermimpi yang menakutkan, lihatlah pula selepas anda dah dirawat. Adakah ianya masih ada? Sekiranya ada, itu menunjukkan yang makhluk halus di dalam badan anda belum lagi keluar. Tetapi sekiranya sudah tiada, itu menunjukkan yang makhluk halus di dalam badan anda sudahpun keluar.

Sekiranya anda mempunyai gangguan makhluk halus, antara salah satu cara rawatan yang mudah, praktikal dan terbukti berkesan ialah dengan mengamalkan pemakaian wangian kasturi terapi ruqyah. Anda hanya perlu sapukan wangian tersebut di bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau membaca testimoni mereka yang sudah mengamalkan wangian ini, sila klik di sini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 


Mohonlah Pertolongan Hanya Kepada Allah (1)

$
0
0

Dalam menjalani kehidupan ini, tentu kita sebagai manusia pasti pernah dan akan mengalami kesulitan dan kesusahan, yang semua itu merupakan ujian dan cubaan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sesungguhnya tatkala kesulitan itu datang, maka Allah lah sebaik-baik penolong dan kepada-Nya lah kita bergantung. Dan sesulit apapun cubaan dan kesusahan yang melanda janganlah anda tergoda untuk meminta tolong dengan jalan kesyirikan. Mintalah pertolongan hanya kepada AllahWallahul Musta’an.

Ujian Dan Kesulitan Datang Dari Allah

Ketahuilah bahawa musibah dan kesusahan yang menimpa datangnya daripada Allah. Allah s.w.t telah berfirman:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS at-Taghabun: 11)

Bahkan setiap musibah dan ujian yang kita alami dan akan datang, semuanya sudah tercatat di dalam Lauhul Mahfudz. Allah s.w.t telah berfirman:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرٌ

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab  (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (QS al-Hadid: 22)

Semua itu adalah ujian dari Allah kepada hamba-Nya. Sebagaimana namanya ujian, dengannya Allah akan mempersaksikan di hadapan para makhluk-Nya mana hamba yang benar-benar jujur beriman kepada Allah dan mana yang dusta imannya. Kerana ketika musibah itu datang, hal itu akan nampak. Allah s.w.t telah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّـهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta” (QS al-Ankabut: 2-3)

Diantara jujur dan benarnya iman seseorang ialah, apabila datangnya ujian Allah ke atas dirinya, maka Allah lah tempat dia meminta pertolongan, meletakkan pengharapan dan mengadu, tempat dia bergantung dan berserah diri.

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤)

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)” (QS al-Baqarah: 214)

Tidak tergoda untuk mengambil jalan yang haram atau memalingkan ibadah kepada sesembahan selain Allah demi mencari pertolongan.

Allah Yang Menghilangkan Kesulitan

Kita telah mengetahui bahawa musibah dan cubaan itu adalah ketetapan Allah. Maka ketahui juga bahawa musibah dan ujian itu hanya Allah sahajalah yang boleh menghilangkannya. Allah s.w.t telah berfirman:

وَإِن يَمۡسَسۡكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّ۬ فَلَا ڪَاشِفَ لَهُ ۥۤ إِلَّا هُوَ‌ۖ وَإِن يَمۡسَسۡكَ بِخَيۡرٍ۬ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (١٧)

“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas setiap sesuatu” (QS al-An’am: 17)

Jika pada hakikatnya hanya Allah lah yang dapat menghilangkan segala kemudaratan, maka orang yang berfikiran waras dan logik, tentu akan meminta pertolongan kepada Allah dari segala kesulitan dan kesusahan serta bergantung kepada-Nya. Allah Taala berfirman:

وَمَا بِكُم مِّن نِّعۡمَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيۡهِ تَجۡـَٔرُونَ (٥٣)

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu, maka ia adalah dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nya lah kamu meraung meminta pertolongan” (QS an-Nahl: 53)

Adapun orang yang meminta tolong kepada sesembahan selain Allah ketika mendapat musibah, dia adalah orang yang derhaka kepada Allah akibat hatinya lalai dari berzikir kepada Allah. Allah s.w.t telah berfirman:

أَمَّن يُجِيبُ ٱلۡمُضۡطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكۡشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجۡعَلُڪُمۡ خُلَفَآءَ ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَڪَّرُونَ (٦٢)

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah ada sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit diantara kamu yang mengingati (nikmat Allah) itu.” (QS an-Naml: 62)

Rujukan artikel: Yulian Purnama

(Akan bersambung bahagian 2)

Sekiranya anda ada masalah sihir, saka atau gangguan jin yang lain dan ingin mencuba kaedah terapi dengan wangian kasturi, sila dapatkan maklumat lanjut melalui link ini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Mohonlah Pertolongan Kepada Allah (2)

$
0
0

Nota: Artikel ini adalah sambungan dari bahagian satu. Jika anda baru kali pertama membaca artikel ini, saya galakkan anda membaca bahagian satu dulu di sini.

Mintalah Pertolongan Hanya Kepada Allah

Isti’anah dan istighatsah adalah ibadah. Isti’anah ertinya, meminta pertolongan dan dukungan dalam suatu urusan. Sedang istighatsah berarti meminta dihilangkannya musibah dan kesulitan. Dalil bahwa isti’anah adalah ibadah adalah ayat:

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)

“Engkau sahajalah (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan” (QS al-Fatihah: 5)

Istighatsah merupakan ibadah berdasarkan ayat:

إِذۡ تَسۡتَغِيثُونَ رَبَّكُمۡ فَٱسۡتَجَابَ لَڪُمۡ أَنِّى مُمِدُّكُم بِأَلۡفٍ۬ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ مُرۡدِفِينَ (٩)

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut” (QS al-Anfal: 9)

Dengan demikian hendaklah kita meminta pertolongan hanya kepada Allah, dan tidak boleh meminta pertolongan kepada sesembahan lain selain Allah. Perhatikan ayat kelima dari surat Al Fatihah yang sering kita baca setiap hari iaitu “iyaaka na’budu wa iyyaka nasta’in”, mari kita dalami makna ayat ini.

Kalimat ini bentuk asalnya adalah “na’buduka wa nasta’inuka” (aku beribadah kepadamu dan memohon pertolongan kepadamu), namun ternyata objek kalimah didahulukan menjadi “iyaaka na’budu wa iyyaka nasta’in”. Secara bahasa Arab, ini menghasilkan makna al hashr (pembatasan), sehingga maknanya “hanya kepada-Mu satu-satunya kami menyembah dan hanya kepada-Mu satu-satunya kami memohon pertolongan”.

Oleh karena itu, Allah pun melarang hamba-Nya meminta pertolongan kepada sesembahan-sesembahan selain Allah. Allah Ta’ala berfirman:

وَلَا تَدۡعُ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ‌ۖ فَإِن فَعَلۡتَ فَإِنَّكَ إِذً۬ا مِّنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (١٠٦)

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (QS Yunus: 106)

Dan banyak diantara manusia mempersembahkan ibadahnya kepada selain Allah, demi mengharapkan pertolongan ketika ia merasa susah dan merasa terhimpit dengan cubaan. Allah ta’ala berfirman:

وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّـهِ آلِهَةً لَعَلَّهُمْ يُنْصَرُونَ ﴿٧٤﴾ لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُنْدٌ مُحْضَرُونَ

“Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu). Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka” (QS Yasin: 74 & 75)

Padahal sebagaimana sudah dijelaskan, musibah dan kesusahan itu ketetapan Allah, hanya Allah yang dapat menghilangkannya dan para sesembahan yang disembah selain Allah itu sama sekali tidak mampu memberi manfaat atau mudharat sedikit pun. Baik itu berupa berhala, pohon, batu, benda keramat, kuburan, orang mati atau yang lainnya, mereka tidak dapat memberi manfaat dan pertolongan. Allah Ta’ala berfirman:

وَلَا يَسْتَطِيعُونَ لَهُمْ نَصْرًا وَلَا أَنْفُسَهُمْ يَنْصُرُونَ

“Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri” (QS al-A’raf: 192)

Maka orang-orang yang meminta pertolongan kepada sesembahan selain Allah itu sungguh tidak logik, tidak waras dan menyalahi fitrah yang bersih. Mereka jatuh dalam kesesatan yang jauh dan kekufuran yang besar. Allah Ta’ala berfirman:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّـهِ مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ وَإِذَا حُشِرَ النَّاسُ كَانُوا لَهُمْ أَعْدَاءً وَكَانُوا بِعِبَادَتِهِمْ كَافِرِينَ

“Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari Kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembuh itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalnya pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang yang menyembahnya, dan segala yang disembah itu juga tidak mengakui serta mendustakan penyembahan mereka kepadanya” (QS al-Ahqaf: 5 & 6)

(Akan bersambung dalam bahagian 3)

Rujukan artikel : Klik di sini

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

Mintalah Pertolongan Hanya Kepada Allah (3)

$
0
0

Nota: Artikel ini adalah sambungan dari bahagian satu. Jika anda baru kali pertama membaca artikel ini, saya galakkan anda membaca bahagian satu dulu di sini.

Jangan Ragu Meminta Pertolongan Kepada Allah

Mengapa kita rasa ragu nak meminta pertolongan kepada Allah? Cuba kita fikir semula. Bukankah Allah yang telah menciptakan kita, termasuk alam semesta ini? Dan bukankah Allah juga yang memiliki segalanya termasuklah diri kita sendiri? Oleh itu, sangatlah mudah bagi Allah untuk memberikan pertolongan-Nya kepada semua makhluk. Cuba kita hayati kata-kata Nabi Musa ‘alaihisallam:

قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّـهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّـهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS al-A’raf: 128)

Jadi mintalah pertolongan kepada Allah dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya. Apakah taqwa? Taqwa ialah kita mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan juga apa yang diperintahkan oleh Rasul-Nya, serta menjauhi apa-apa yang dilarang. Oleh kerana itulah Allah s.w.t telah berfirman:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (QS al-Baqarah: 45)

Meminta Tolong Kepada Makhluk

Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita. Bolehkah meminta pertolongan kepada makhluk, contohnya kita meminta pertolongan sesama manusia. Sebab tajuk artikel ini pun meminta pertolongan hanya kepada Allah. Jadi, persoalan di atas perlu diperincikan lagi.

Pertama, meminta pertolongan kepada makhluk yang hidup, yang berada dekat dengan kita dan ia memang mampu memberikan pertolongan. Perkara ini dibolehkan selagi ia tidak melanggar peraturan syariat. Bahkan sememangnya Allah s.w.t menggalakkan kita untuk saling tolong menolong.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada perkara melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)” (QS al-Maidah: 2)

Contohnya seperti kita meminta pertolongan kepada doktor apabila sakit, minta tolong kepada mekanik apabila kereta kita rosak, dan sebagainya. Tetapi, perlulah diniatkan dalam hati kita bahawa Allah lah yang sebenarnya memberikan pertolongan kepada kita sedangkan orang-orang yang kita minta tolong tadi hanyalah sebab.

Kedua, meminta pertolongan kepada makhluk yang sudah mati, atau kepada makhluk yang hidup sedangkan ia tidak mampu untuk memberikan pertolongan, atau ianya adalah makhluk ghaib, atau meminta pertolongan berkaitan dengan perkara ghaib.

Contohnya meminta pertolongan kepada orang yang sudah mati di kuburnya, atau meminta pertolongan kepada pokok yang dianggap keramat, walaupun ia hidup tetapi diyakini yang ia tidak mampu memberikan manfaat atau pun mudharat.

Ataupun meminta pertolongan kepada jin (samada jin Islam ataupun kafir). Ataupun meminta pertolongan kepada bomoh seperti meminta supaya segala usaha kita memberikan pulangan, dimudahkan jodoh, dimurahkan rezeki dan sebagainya. Semua perbuatan ini adalah perbuatan yang syirik dan termasuk dalam ayat-ayat yang melarang istia’nah dan istighatsah kepada selain Allah. Pengertian Istia’nah dan istighatsah ada saya kongsikan dalam artikel yang lepas.

Baca juga: Mohonlah Pertolongan Hanya Kepada Allah (1)

Kerana pengharapan dan permintaan yang demikian hanyalah boleh dikhususkan kepada Allah sahaja. Orang musyrik di zaman jahiliah dan kaum-kaum yang diperangi oleh Nabi mereka menyembah orang soleh yang sudah mati, menyembah pokok-pokok, menyembah hal-hal yang dikeramatkan, menyembah Malaikat, menyembah Nabi mereka, dan mereka sentiasa meminta tolong dan berdoa kepada apa yang mereka sembah tersebut. Firman Allah s.w.t:

قُل لاَّ يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللَّهُ

“Katakanlah lagi: Tiada sesuatupun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)” (QS an-Naml: 65)

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَـٰهٌ مَعَ اللَّـهِ ۚ

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti, (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama dengan Allah? Amat sedikit diantara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)” (QS an-Naml: 62)

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (QS Jin: 6)

Nabi s.a.w telah bersabda:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau peramal lalu membenarkan apa yang mereka katakan, maka ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam” (HR. Ahmad no. 9171, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ 5939).

Semoga Allah Ta’ala senantiasa melimpahkan lindungan dan pertolongan-Nya kepada kita.

Sumber: (Klik di sini)

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

4 Faktor Penyebab Gangguan Saka

$
0
0

Adakah anda mempunyai saka? Atau mungkin keluarga anda mempunyai saka? Apakah saka? Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 4 faktor yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat gangguan saka.

Saka adalah kontrak (perjanjian) mistik yang berlaku biasanya melibatkan orang-orang dahulukala seperti tok ataupun nenek moyang kita dengan makhluk jin. Ada pelbagai tujuan mereka ini melakukan perjanjian tersebut, antaranya:

  • kecantikan
  • perlindungan
  • kekuatan
  • pertolongan

Faktor Penyebab Saka

Dalam masyarakat kita terutamanya bagi orang Melayu, kita boleh mengkategorikan diantara faktor-faktor penyebab hadirnya saka ialah seperti di bawah :-

1. Terlibat dengan ilmu dan amalan salah dan sesat yang meilbatkan penggunaan jin dan syaitan

2.  Akibat perbuatan sihir pada sesetengah orang juga merupakan antara faktor utama. Apabila seseorang dikatakan terkena buatan sihir jahat tidak kiralah atas sebab apa, maka mereka pastinya akan berubat untuk membuang segala kesakitan yang melibatkan jin dan syaitan. Dengan izin Allah ramai diantara mereka sembuh, tetapi kemungkinan yang berlaku masih terdapat sisa atau baki unsur-unsur sihir dalam jasad mereka tanpa disedari sebab jin dan syaitan hanya menumpang duduk tanpa menyakiti.

3.  Disebabkan ada jin atau syaitan yang marah (atas sebab tertentu) atau sengaja untuk menggoda dan merosakkan berbagai kepentingan kehidupan manusia. In imudah berlaku sebab jin dan syaitan sifatnya berkeliaran dan ada di mana-mana tempat dan mudahlah untuk mereka memasuki tubuh manusia.

4.  Manusia yang terlibat dengan dosa besar seperti berzina, lesbian, gay, berjudi, minum arak dan sebagainya sehingga menjadi ketagih maka tidak mustahil saka jahat ini akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Perbuatan jahat dan dosa besar ini mestilah disebabkan dengan hasutan jin dan syaitan yang telah berjaya menakluki hati dan manusia tersebut.

Kredit: Klik di sini

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

Download Senarai Ayat-Ayat Ruqyah Percuma

$
0
0

Apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah? Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ruqyah adalah kaedah penyembuhan dengan cara membacakan sesuatu kepada orang yang sakit. Tidak kiralah sakit akibat dari penyakit ‘ain, sengatan haiwan, bisa, sihir, kerasukan dan gangguan jin.

Dari maksud di atas, apa yang dapat kita faham dengan ayat-ayat ruqyah pula ialah ianya digunakan untuk penyembuhan dari sesuatu penyakit. Manakala ruqyah secara syar’i pula (Ruqyah Syariyyah) adalah jampi-jampi atau mentera-mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.

Dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang dapat difahami maknanya selama mana ianya tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Bahagian Ruqyah

Secara umumnya, ruqyah ini terbahagi kepada dua bahagian. Dua bahagian tersebut ialah:

Pertama: Untuk bahagian pertama ini ialah ruqyah yang dibenarkan oleh syarak.

Kedua: Manakala bahagian kedua pula ialah ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syarak. Iaitu ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak dapat difahami maknanya. Pada pandangan saya, termasuk juga dalam kategori bahasa-bahasa yang tidak dapat difahami apabila perawat membacakan ayat-ayat tanpa mengeluarkan suara. Jadi kita tidak dapat mendengar dengan jelas bacaannya.

Selain itu, ruqyah yang tidak dibenarkan ialah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan. Satu yang saya nak nasihatkan di sini ialah, janganlah kita terpedaya dengan perawat yang menggunakan ayat-ayat al-Quran demi untuk menutupi cara rawatannya yang tidak betul.

Saya ambil satu contoh di sini ialah perawat yang memberikan tangkal kepada pesakit selepas diruqyah. Alasannya kerana tangkal tersebut hanyalah diruqyah dengan ayat-ayat al-Quran. Nampak tak bagaimana taktik perawat nak menutupi kaedah rawatannya yang tak betul.

Baca juga artikel berkaitan ini: Bolehkah al-Quran dijadikan tangkal?

Isunya di sini bukanlah soal tangkal tersebut dijampi dengan ayat-ayat ruqyah atau tidak, tetapi isunya di sini ialah pemakaian tangkal itu sendiri dah boleh menjatuhkan seseorang itu dalam kesyirikan. Ada dua jenis syirik yang akan berlaku di sini.

Pertama: Akan menyebabkan terjatuh kepada syirik besar apabila disertai keyakinan bahawa azimat itu sendiri yang memberikan pengaruh selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang dapat menolak mudarat dan mendatangkan manfaat, serta membentengi setiap orang yang memakainya. Dengan keyakinan yang sebegitu akan menjadikan pelakunya terkeluar dari Islam, halal darahnya untuk ditumpahkan dan hartanya untuk dirampas, menyebabkan kekal dirinya di dalam neraka apabila dia mati dan belum sempat bertaubat, serta menyebabkan terhapus (hilang) seluruh amalan yang dilakukan di dalam Islam.

Kedua: Akan menyebabkan terjatuh dalam perbuatan syirik kecil apabila dia meyakini bahawa azimat itu hanya sebagai sebab semata, manakala yang mendatangkan manfaat dan menolak segala bentuk malapetaka yang menimpanya adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini kerana menjadikan sesuatu sebab yang tidak pernah dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai sebab adalah merupakan syirik kecil. (Lihat Al-Qaulul Mufid 1/204, Al-Qaulul Sadid hal. 38, Fatawa Syeikh Ibnu Baz 2/384)

Download Ayat-Ayat Ruqyah

Setelah kita tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah dan juga ruqyah syariyyah, tentang fungsi dan kelebihannya, maka sepatutnyalah kita menjadikan ayat-ayat ruqyah ini sebagai amalan zikir harian kita. Anda boleh jadikan ianya sebagai zikir di waktu pagi dan petang.

Zikir di waktu pagi dan petang ini bermaksud ianya dibaca selepas dari solat Subuh dan juga selepas solat Asar. Bagi anda yang ingin menjadikannya amalan, boleh download ayat-ayat ruqyah secara percuma sahaja dengan klik di sini. Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan:

  1. http://al-fadhilustazmuhamadnajib.blogspot.my/2013/09/hukum-memakai-tangkal-dan-azimat-dan.html
  2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ruqyah
  3. http://www.rawatanislam.com/pengertian-ruqyah.html

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

 

Santau Angin & Bagaimana Rawatannya?

$
0
0

Diantara banyak-banyak santau, santau yang agak bahaya ialah santau angin. InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang santau angin. Sebelum saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang santau angin ini, apakata mari kita mengenali terlebih perkara-perkara umum tentang santau.

Apa Itu Santau?

Santau ialah rangkaian dari 3 gabungan, iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Apa maksudnya? Maksudnya boleh dikatakan hampir kesemua santau mempunyai 3 elemen yang saya sebutkan tadi. Iaitu ramuan-ramuan untuk menghantar santau. Kemudian ianya dijampi dengan mentera-mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah.

Perlunya jampi-jampi yang mengandungi unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah kerana bahan-bahan santau tadi akan dihantar kepada mangsa untuk tujuan menyihir dan ianya dihantar dengan perantaraan makhluk halus iaitu jin.

Baca artikel ini juga: Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya?

Tujuan Santau Diamalkan

Sebenarnya banyak sebab santau ini diamalkan dikalangan masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu. Antara sebab-sebabnya ialah:

1) Amalan Diri

  • Pengamal santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka dan santau dihantar secara rambang ditempat awam. Boleh dikatakan ianya sebagai latihan praktikal. Keadaan begini biasanya pengamal menggunakan santau angin.

2) Mempertahankan Diri

  • Di zaman dahulu, aktiviti santau ini diamalkan demi untuk membalas dendam. Sebagai contoh, kalau sesuatu negeri itu kalah kepada lawannya, maka digunakanlah santau ini untuk membalas dendam. Dalam zaman sekarang pula, individu menggunakan santau ini dengan sebab untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

3) Membalas dendam

  • Selain untuk membalas dendam, pengamal santau melakukannya dengan tujuan untuk mendapatkan penghormatan, sekaligus menjadikan orang lain takut dan tunduk kepadanya.

Santau Angin

Baiklah, sekarang saya akan kongsikan dengan anda tentang santau angin. Santau angin ini termasuk dalam kategori santau yang lebih bersifat mistik. Kerana untuk memastikan ianya berhasil, perlulah disertai dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah mangsa.

Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Antara tanda-tanda awal jika seseorang itu terkena santau angin ini ialah:

  • mulut berbau busuk
  • kuku menjadi hitam
  • batuk berpanjangan

Bagaimana Kaedah Rawatannya

Seperti yang dikongsikan dari pengalaman Ustaz Mohd Suhaimi, iaitu pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, limau nipis ialah penawar yang mujarab bagi mematahkan tindakbalas santau angin yang dikenakan kepada seseorang.

Menurut beliau juga, selain digunakan untuk tujuan memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan samada seseorang itu sudah terkena racun atau tidak. Berdasarkan pengalaman saya selama enam tahun dalam bidang perubatan Islam juga, sememangnya penggunaan limau nipis dalam rawatan sangat membantu.

Ini kerana bukan setakat baunya sahaja sudah mampu menyakitkan jin, malah gas asid yang ada dalam setiap perahan limau tersebut, mampu memberikan kecederaan kepada mereka. Kaedah yang saya gunakan dalam merawat pesakit santau ialah:

  • pesakit akan diruqyah oleh saya terlebih dahulu. Pada tahap ini, jika benar ada racun santau angin yang menggunakan perantaraan jin, inshaaAllah pesakit akan muntah apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah.
  • Setelah dirawat, pesakit akan melakukan mandi limau nipis selama 7 hari berturut-turut.
  • Masanya selepas asar, sebelum maghrib.
  • Air perahan limau perlulah digunakan pada bilasan terakhir. Pada ketika ini, kemungkinan pesakit akan merasa sakit dan bisa seluruh badan disebabkan racun santau yang ada di dalam badan.

Satu lagi kaedah rawatan yang boleh digunakan di dalam merawat pesakit santau angin ialah dengan menggunakan wangian kasturi. Ini kerana, naluri jin tidak sukakan wangian apatahlagi kasturi di mana Nabi mengatakan ianya adalah sebaik-baik wangian.

Sumber rujukan artikel:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Santau#cite_ref-1
http://puterinilamsari.blogspot.my/2011/03/santau-angin-rawatan-panduan.html
http://darussyifabbst.blogspot.my/2012/04/disediakan-oleh-shahila-tahir.html

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

 

 

 

Tip Untuk Mendapatkan Rumahtangga Bahagia (1)

$
0
0

Kita sering salah sangka dengan menyangka bahawa setiap masalah yang berlaku dalam rumahtangga, semuanya berpunca daripada sihir. Walaupun saya tidak menafikan keadaan itu boleh berlaku. Tetapi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk mendapatkan rumahtangga bahagia.

1) Jangan Berahsia

Sebagai suami isteri, sepatutnya haruslah tidak ada rahsia diantara keduanya. Kerana dengan berahsia, akan menimbulkan banyak perkara, contohnya akan menimbulkan syak wasangka pasangan, dan sebagainya. Apabila sesama pasangan dah mula berprasangka, akan wujudkah rumahtangga bahagia? Walaupun begitu, sikap menghormati juga penting.

Sebaiknya, dari sekecil-kecil perkara seperti keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-sebesar perkara, contohnya nak berpoligami, jangan berahsia. Berterus-terang dan sekiranya perlu diadakan perbincangan, lakukanlah perbincangan dalam keadaan yang paling baik.

Tetapi, saya nak ingatkan di sini, walaupun kita disuruh supaya untuk tidak berahsia, namun untuk berterus terang pun kena ada caranya, kena ada ilmunya. Kena tahu bagaimana caranya untuk berterus-terang dengan pasangan, terutamanya berkaitan dengan perkara yang sensitif.

Sebagai contoh, janganlah ketika isteri kita sedang memotong dan menghiris bawang, kita beritahu kepadanya yang kita nak kahwin seorang lagi. Itu mencari nahas namanya 🙂

2) Hargai Pasangan, Terima Kekurangan

Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah atau apa sahaja yang diterima, sentiasalah bersikap berterima kasih kepada pasangan anda. Walaupun ianya hanyalah sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.

Ingatlah bahawa setiap manusia, termasuk diri anda dan pasangan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Wujudnya kelebihan dan kekurangan ini pula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang mungkin kita sendiri tidak tahu.

Ini kerana kita masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Oleh kerana itulah, mungkin cara pasangan dan cara kita dalam sesetengah perkara tidak sama.

Walaupun begitu, nasihat saya, masing-masing perlu berusaha untuk mengurangkan seminima mungkin kekurangan yang ada pada diri. Percayalah, walaupun kita dilahirkan dengan serba kekurangan, kita mampu menjadikannya sempurna, asalkan kekurangan kita itu bukan melibatkan cacat anggota sebagai contoh. Itu memang kekurangan yang tidak dapat diubah.

Yang penting sentiasalah bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Dan dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya anda inginkan pasangan berubah, setiap kali memberikan nasihat, jangan lupa memberikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberikan masa.

Kesimpulannya, jangan sesekali anda mengharapkan yang pasangan anda akan berubah dalam sekelip mata. Ingat semula tip untuk rumahtangga bahagia, Hargai Pasangan Terima Kekurangan.

3) Susah Atau Senang, Elakkan Campur Tangan Orang Tua

Tidak ada satu pun rumahtangga yang tidak dilanda dengan masalah, semua begitu. Ianya adalah lumrah. Sebagai contohnya, masalah kewangan. Sekiranya rumahtangga anda menghadapi masalah kewangan, elakkan dari terus bercerita kepada keluarga sendiri atau keluarga mertua.

Ingat, dalam keadaan mereka yang sudah semakin berusia, apa yang mereka dengar dari anda itu kemungkinan akan menjadikan mereka susah hati dan memberikan tekanan kepada mereka. Akhirnya dikhuatiri mereka jatuh sakit.

Lebih parah lagi, takut kalau-kalau apa yang anda ceritakan itu secara tidak langsung membuka aib pasangan anda, boleh mencetuskan perasaan benci ahli keluarga terhadap pasangan anda, dan pelbagai lagi akibat lain, di mana kadangkala ianya hanya berpunca dari mulut anda sendiri.

4) Berkongsi Pinggan Dan Berus Gigi

Ini satu lagi petua rumahtangga bahagia yang paling mudah, murah dan paling menjimatkan untuk anda laksanakan.

Tetapi bagi anda yang terlalu penggeli, ataupun terlalu pembersih, amalan ini mungkin memerlukan sedikit masa untuk anda biasakannya. Namun, ianya adalah lebih baik daripada anda langsung tidak mencuba. Walaupun ianya mengambil masa, sekurang-kurangnya anda sudah berusaha untuk mewujudkan rumahtangga yang bahagia.

5) Kenal Pencipta 5 Kali Sehari, Bersama-sama

Solat berjemaah adalah kunci kepada rumahtangga bahagia. Siapa lagi yang mampu memberikan kebahagiaan kepada kita selain dari Allah. Oleh itu, langkah pertama, paksa diri sendiri terlebih dahulu untuk melaksanakan solat berjemaah.

Kemudian, barulah ajak dan pujuk pasangan untuk sama-sama menunaikan solat berjemaah. Fahamkan kepada mereka apa kelebihan apabila anda bersama-sama menunaikan solat berjemaah. Jika, pasangan anda enggan, jangan terus marah. Sebaliknya teruslah berusaha memujuk dan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati pasangan untuk menunaikan solat jemaah bersama anda.

Nota: Artikel ini akan bersambung dalam bahagian kedua.

Sumber artikel: Soleh.net

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

 

 

 

 


Tip Untuk Mendapatkan Rumahtangga Bahagia (2)

$
0
0

Nota: Artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama. Jika anda belum membaca bahagian pertama, klik di sini untuk membaca.

6) Amalkan Solat Sunat Dhuha Setiap Hari

Selain dari menambahkan rezeki dengan izin Allah, solat dhuha juga akan memberikan kelapangan kepada anda. Oleh itu, amalkanlah ia setiap hari dan lihatlah kelapangan yang akan anda rasai.

Tetapi, anda hanya akan merasai nikmat kelapangan tersebut hanyalah selepas anda menjadikan ianya amalan anda setiap hari. Bukan sekali atau dua kali. Tetapi lakukanlah ia secara istiqamah. Lihatlah, inshaaAllah rumahtangga bahagia yang anda impikan akan datang kemudian.

7) Wajibkan Diri Anda Membaca al-Quran Setiap Hari

Maksud wajib di sini bukanlah saya suruh anda pandai-pandai nak menukar hukum membaca al-Quran itu. Tetapi apa yang saya nak maksudkan ialah anda lakukannya setiap hari sehingga anda merasa seakan-akan ada kewajipan yang belum anda lakukan selagi anda tidak membaca al-Quran.

Tahukah anda seorang huffaz (penghafal al-Quran) perlu memperuntukkan masa untuk mengulang 2 juzuk setiap hari. Jika anda bukan seorang huffaz, usahakanlah sekurang-kurangnya anda dapat istiqamah dapat membaca 5 muka sehari.

Caranya mudah sahaja. Selepas solat 5 waktu, anda hanya perlu peruntukkan masa 10 minit sahaja untuk membaca semuka. Jadi 5 waktu anda akan dapat menghabiskan 5 muka sehari. Mudahkan?

Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadikan anak anda seorang huffaz, ajaklah anak anda untuk membaca bersama-sama. Mulakan agar mereka seronok membaca al-Quran dahulu, kemudian bolehlah perlahan-lahan menghafal bersama-sama mereka.

8) Mohon Doa Daripada Ibu Bapa & Keluarga Mertua

Setiap kali anda menziarahi mereka, jangan lupa minta mereka supaya mendoakan agar usaha anda untuk mendapat rumahtangga bahagia dipermudahkan jalannya oleh Allah.

Ingatlah bahawa doa mereka sangat penting untuk kita mencapai kejayaan dalam semua perkara yang kita lakukan di dalam hidup kita.

9) Sentiasa Sihat & Bertenaga

Pastikan anda, pasangan dan anak-anak anda mendapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang seimbang, dan elakkanlah dari mengambil makanan segera, makanan dalam tin, makanan ringan dan sebagainya.

Selain itu, anda juga sepatutnya mengamalkan pengambilan vitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi keluarga anda. Sekurang-kurangnya amalkan pengambilan vitamin asas seperti multivitamin, Vita C dan asid folik.

Aktiviti senaman dan riadah juga bagus untuk kesihatan keluarga anda. Apabila tubuh badan sihat, maka anda sekeluarga akan lebih bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga. Kesimpulannya, tahap kesihatan yang baik ialah salah satu faktor yang dapat membentuk rumahtangga bahagia.

10) Seimbangkan Keperluan Seks

Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya.

Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.

Ada juga yang tidur berasingan dengan alasan nak tidurkan anak, tetapi turut sama tertidur. Ada juga yang tidur berasingan sebab isteri sudah monopouse dan pelbagai alasan lagi.

Alasan-alasan itu boleh mengundang keruntuhan dalam rumah tangga. Seharusnya semakin lama berumah tangga, semakin lebih menghargai pasangan. Ibarat kata orang desa, muda cara muda, tua cara tua.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga perkongsian tip dari saya untuk anda mendapatkan rumahtangga bahagia. Saya harap tip-tip yang dikongsikan dapat memberikan idea bagaimana cara yang sesuai dengan keperluan anda dan pasangan untuk merealisasikan matlamat agar terbinanya rumahtangga bahagia yang semua orang idam-idamkan.

Sumber artikel: Soleh.net

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Bagaimana Cara Elakkan Sihir Pemisah?

$
0
0

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang tentang sihir dan tanda tanda sihir, paling penting di sini ialah saya perlu tanamkan di dalam pemikiran anda, tentang kebenaran wujudnya perbuatan sihir dan bahayanya.

Sebab dari pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam, ada sesetengah orang yang masih belum betul-betul mempercayai akan kewujudan sihir itu. Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di dalam tulisan ini bahawa seseorang yang mengingkari benarnya sihir itu boleh terbatal imannya.

Mengapa?

Ini kerana, sihir adalah satu amalan yang telah dijelaskan dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Jadi, jika ada orang yang mengingkari wujudnya sihir, samalah seperti dia mengingkari hukum di dalam al-Quran.

Perbandingannya samalah seperti orang-orang yang mendustai kedatangan hari kiamat, sedangkan hari kiamat juga sudah mempunyai dalil-dalil yang jelas. Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa ayat yang berkaitan dengan amalan sihir ini.

1) Surah al-Baqarah ayat 102

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”

2) Surah Yunus ayat 77

“(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”

3) Surah Yunus ayat 81-82

“Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”

4) Surah Taha ayat 67-69

“Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. (67) Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (68) Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada”

Saya rasa tidak perlulah untuk saya letakkan lebih banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sihir. Empat ayat di atas sudah memadai bagi mereka yang ingin mempercayainya.

Persoalan seterusnya, mengapa ada yang tidak mempercayai sihir?

Pada pandangan saya, antara faktor yang paling utama ialah kerana sihir ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar kita. Apatahlagi, kalau dilakukan pemeriksaan dengan menggunakan alat-alat canggih, masih tidak mampu mengesan sihir.

Ini kerana sihir tidak akan berlaku melainkan dengan menggunakan dan meminta pertolongan dari jin. Tetapi, saya jelaskan di sini, walaupun sihir tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar, tetapi kita masih dapat mengesan dengan jelas tanda tanda sihir yang ada pada diri mangsa sihir.

Dalam artikel saya kali ini, saya tidak bercadang untuk menulis tentang tanda tanda sihir ini. Ini kerana banyak tulisan-tulisan lepas yang saya kongsikan tentang tanda tanda sihir ini. Anda boleh klik tajuk-tajuk artikel di bawah:

Mengenalpasti bentuk-bentuk dan tanda sihir

Bagaimana mengenali tanda sihir masyrub?

Bagaimana mengenalpasti tanda sihir, kerasukan atau penyakit ain?

Dah baca artikel di atas?

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak fokuskan penulisan saya tentang sihir pemisah. Ini kerana, dalam banyak-banyak kes yang saya handle, kebanyakannya adalah berkaitan dengan sihir pemisah.

Apakah sihir pemisah?

Secara ringkasnya sihir pemisah adalah sihir yang digunakan dengan niat jahat untuk meruntuhkan rumahtangga seseorang. Ia juga dikenali dengan nama sihir tafriq. Pada pandangan saya, sihir ini adalah sihir yang paling jahat sekali, kerana kesannya sangat besar.

Sebab itulah di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102 (terjemahan ayatnya di atas), Allah secara khusus menyebut tentang sihir ini.

Di mana Bani Israel, telah mempelajari ilmu sihir yang mana dengan ilmu tersebut mereka telah melakukan kejahatan apabila menjadikan suami menceraikan isterinya tanpa sebab-sebab yang jelas.

Bagaimana cara mengelakkannya?

Jika anda baca artikel-artikel yang ditulis di dalam blog-blog atau laman web lain yang berkaitan dengan sihir, mereka akan menyarankan agar anda mengamalkan ayat-ayat dari al-Quran, ataupun doa-doa dari Nabi s.a.w.

Saya tidak mengatakan bahawa ianya salah. Memang saya juga menyarankan perkara tersebut. Cuma kali ini saya nak kongsikan dengan anda sesuatu yang berbeza sikit.

Tahukah anda, kadang-kadang sebab seseorang itu terkena sihir pemisah adalah berpunca dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan olehnya telah menimbulkan perasaan dengki dan iri hati seseorang. Dan akhirnya, dengan godaan dan hasutan syaitan, hati si pendengki itu telah terpedaya untuk melakukan perbuatan sihir.

Di bawah ini adalah perkara-perkara yang patut anda elakkan:

Pertama: Jangan Terlalu Menonjolkan Kebahagiaan Rumahtangga Anda

Ya, di dalam zaman kegilaan media sosial ini, masyarakat menjadi seolah-olah hilang pertimbangan apabila berkongsikan sesuatu di media sosial. Tidak salah jika anda nak kongsikan kebahagiaan, tetapi biarlah bersederhana.

Ini tidak, kalau boleh semuanya nak dikongsikan. Akibatnya, timbul perasaan dengki dalam hati mereka yang melihat kebahagiaan anda. Nasihat saya, ubah tabiat anda ini jika anda selalu kongsikan kebahagiaan rumahtangga.

Adalah lebih bermanfaat, jika anda kongsikan tip-tip untuk mengecapi kebahagiaan rumahtangga di mana dengan perkongsian ini, mereka juga mungkin akan dapat nikmat kebahagiaan yang sama.

Kedua: Elakkan Berkawan Dengan Ramai Kenalan Berlainan Jantina

Ini biasanya berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam satu tempat kerja di mana bercampur antara lelaki dan wanita.

Apabila anda bekerja dalam suasana begini, elakkan dari melakukan tugas berdua sahaja dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Selain daripada boleh menimbulkan fitnah, jika terlalu kerap dikhuatiri rakan sekerja anda boleh jatuh hati.

Apabila perasaan ini semakin menebal, dan apabila diluahkan kepada anda, anda menolaknya, dikhuatiri akan menimbulkan perasaan dendam dan akhirnya boleh menyebabkan perbuatan sihir.

Ketiga: Jangan Terlalu Baik Dengan Rakan Yang Berlainan Jantina

Anda tentu pernah dengar pepatah yang mengatakan:

“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”

Pepatah ini ada benarnya. Apa yang saya nak maksudkan di sini, elakkan daripada terlalu banyak memberikan pertolongan terutamanya kepada mereka yang berlainan jantina. Bukan apa, dikhuatiri dengan kebaikan yang anda lakukan akan disalah erti.

Tiga perkara yang perlu anda elakkan di atas, adalah pengalaman yang saya dapat setelah hampir tujuh tahun di dalam bidang perubatan Islam.

Anda jangan salah sangka dengan artikel saya ini. Saya tidak menyuruh anda tidak berkawan sehingga menjadi seperti katak bawah tempurung, atau menjadi seorang kedekut untuk menghulurkan bantuan, tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah berhati-hatilah dalam setiap tindakan yang anda lakukan.

Ingat, sihir bukanlah hanya disebabkan anda melakukan kesalahan kepada orang lain, tetapi ia juga boleh berlaku akibat anda terlalu baik dengan semua orang.

Walaupun mungkin anda adalah seorang yang istiqamah mengamalkan ayat-ayat pendinding dari sihir, tetapi itu tidak bermaksud anda tidak berisiko untuk menjadi mangsanya. Menjauhi puncanya sebaik mungkin adalah salah satu daripada ikhtiar yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri anda.

Anda ada tip lagi yang ingin ditambah? Kongsikannya melalui ruangan komen di bawah. Mana tahu perkongsian anda itu akan dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca lain.

Anda nak tahu rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari? Klik di sini sekarang!

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

3 Cara Pagar Rumah Yang Boleh Anda Lakukan Sendiri

$
0
0

Sepanjang enam tahun penglibatan saya di dalam bidang perubatan Islam, selain merawat pesakit-pesakit yang diganggu makhluk halus, saya juga kerapkali diminta untuk pagar rumah.

Kebiasaannya, mereka meminta saya untuk pagar rumah disebabkan mereka mengatakan yang rumah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Jadi, di dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk memagar rumah. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

Kesilapan Dalam Memagar Rumah

Apa yang saya perhatikan, kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat kita ialah mereka mengharapkan 100% kepada perawat. Maksudnya, selepas rumah dipagar, penghuni rumah tidak melakukan apa-apa usaha untuk memastikan agar rumah mereka tidak diganggu oleh makhluk halus.

Apa yang masyarakat kita kurang sedar ialah, sebenarnya penghuni rumah itulah yang lebih utama untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjauhkan rumah mereka dari gangguan makhluk halus.

Di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana cara pagar rumah yang boleh anda lakukan sendiri, bersama dengan ahli keluarga anda di rumah, untuk memastikan yang rumah anda terpelihara samada dari gangguan makhluk halus ataupun sihir. Ketahui rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari di sini.

Pertama: Membaca surah al-Baqarah

Tidak diragukan lagi, terlalu banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan mengamalkan membaca surah al-Baqarah. Apatahlagi kalau selalu di baca di dalam rumah.

  • Rumah tidak dimasuki syaitan: Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“.

At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih.

Kedua: Banyakkan solat sunat 

Apakah tujuan solat sunat? Amalan-amalan sunat, khususnya solat, dilakukan bertujuan untuk menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dan ketidaksempurnaan di dalam amalan-amalan fardhu.

Solat pula adalah amalan yang paling utama sekali. Oleh kerana itu, sangatlah penting untuk memastikan agar solat kita menjadi amalan yang paling baik sekali di sisi Allah s.w.t. Tetapi, sebagai manusia yang lemah, anda yakin yang solat anda sudah sempurna?

Sempurna dari segi perkara-perkara rukunnya, khusyuknya dan juga sunat-sunatnya. Di sinilah peranan solat sunat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik(diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.”   (HR At-Tirmizi r.a.)

Solat Sunat Afdal Di Rumah

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, marilah kita menerangi cahaya ke dalam rumah kita dengan memperbanyakkan solat-solat sunat. InshaaAllah, rumah kita juga akan dipelihara dari gangguan makhluk halus.

Ketiga: Perbanyakkan membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi yang terakhir pula iaitulah Nabi Muhammad s.a.w. Ianya bertujuan untuk menjadi petunjuk kepada manusia untuk mendapatkan keredhaan Allah, di dunia dan di akhirat.

Terlalu banyak kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila kita mengamalkan membacanya, apatahlagi jika mengamalkannya.

Termasuk juga, apabila kita selalu membaca al-Quran di dalam rumah, ianya bukan sahaja memberikan kelebihan kepada kita yang membacanya, lebih dari itu jin dan syaitan juga akan menjauhkan diri dari rumah yang selalu dibacakan al-Quran di dalamnya.

Itulah tiga tip yang dapat saya kongsikan dalam artikel kali ini. Jika memang benar rumah anda mengalami gangguan makhluk halus, tidak salah jika anda meminta bantuan mana-mana perawat untuk pagar rumah anda, tetapi lebih utama anda sendiri perlu menghidupkan rumah anda dengan amalan-amalan di atas.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Benarkah perawat boleh tafsir mimpi?

$
0
0

Saya selalu mendapat pertanyaan, samada dari pesakit, mahupun dari pembaca blog ini. Tak kurang juga saya menerima pertanyaan serupa melalui emel, whatsapp dan juga media sosial yang saya aktif.

Antara persoalan yang sering mereka tanyakan pada saya ialah tentang tafsir mimpi yang mereka alami. Biasanya mimpi buruklah. Jadi, di dalam artikel ini, saya nak berikan beberapa pencerahan berkenaan dengan persoalan mimpi ini.

Mimpi dan Mujizat Nabi Yusuf

Nabi Yusuf adalah termasuk dikalangan 25 orang Rasul yang wajib diimani oleh seluruh orang-orang beriman. Apa yang kita tahu tentang mukjizat Nabi Yusuf ialah baginda dikurniakan oleh Allah dengan raut wajahnya yang tersangat tampan.

Tetapi, dalam artikel ini, saya nak ceritakan tentang mukjizat Nabi Yusuf untuk mentafsirkan mimpi. Cerita ini bukanlah dongengan kerana ianya ada diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran yang mulia. Begini ceritanya.

Suatu hari Raja bermimpi di dalam tidurnya. Mimpi itu pula tersangatlah pelik sehingga menjadikan raja tersebut gelisah dan serba tak kena apabila mengingatkan akan mimpinya. Lalu baginda bertanyakan kepada semua ahli-ahli tafsir mimpi dikalangan menteri dan pembesarnya, tetapi tidak ada seorang pun yang mampu menghuraikan maksud disebalik mimpi tersebut.

Ayat al-Quran yang menceritakan tentang mimpi raja tersebut ialah di dalam Surah Yusuf, ayat 43 hingga 46. Terjemahannya seperti di bawah:

“Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi melihat: Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai mentafsirkan mimpi”. (43) Mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu”. (44) Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) “. (45) (Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. (46)

Nak dijadikan cerita, berita mengenai mimpi sang raja yang tidak mampu ditafsir oleh sesiapa pun itu, akhirnya sampailah ke telinga seorang petugas memberi minum kepada raja. Lelaki ini dulu pernah tinggal bersama-sama dengan Nabi Yusuf di dalam penjara.

Dan Nabi Yusuf pernah mentafsirkan mimpi yang dialami oleh lelaki ini dan ternyata tafsir mimpi yang diceritakan oleh Nabi Yusuf adalah tepat di mana akhirnya lelaki itu dibebaskan dari penjara.

Lalu lelaki ini menceritakan kepada sang raja mengenai kemampuan (mukjizat) Nabi Yusuf untuk tafsir mimpi. Tidak kiralah apa sahaja mimpi. Kemudian raja pun mengutuskan lelaki tersebut untuk bertemu dengan Nabi Yusuf bertujuan meminta Baginda menjelaskan apakah tafsir mimpi yang dialami oleh sang raja.

Kemudian Nabi Yusuf pun mampu mentafsirkan mimpi sang raja. Ia menjelaskan kepada utusan itu, seperti yang difirmankan di dalam al-Quran, surah Yusuf ayat 47 hingga 49:

Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47) Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (48)“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (49)

Pengajaran Dari Kisah Nabi Yusuf

Saya hentikan kisah mukjizat Nabi Yusuf sampai di situ sahaja. Sebab itulah point penting yang saya nak sampaikan kepada anda. Berbalik kepada soalan yang sering saya terima berkaitan dengan apa maksud mimpi yang mereka alami dan apakah tafsirannya.

Saya jelaskan di sini bahawa sebagai seorang perawat, saya tidak ada kebolehan untuk mentafsirkan maksud mimpi-mimpi yang anda alami. Contohnya, ada yang memberitahu kepada saya yang mereka mengalami mimpi menyusui bayi, mimpi ular yang banyak, mimpi bersalin dan sebagainya.

Memang benar saya ada bertanyakan beberapa mimpi yang dialami oleh pesakit, tetapi itu hanyalah sekadar tanda, tidak lebih dari itu. Dan itu apa yang saya dapat hasil dari pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam selama enam tahun ini.

Nak kata saya boleh tafsir mimpi tersebut, itu saya tidak mampu.  Antara mimpi-mimpi yang menunjukkan kemungkinan seseorang itu mengalami gangguan makhluk halus ialah:

  • mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • mimpi binatang buas atau berbisa.
  • mimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • mimpi tempat kotor.
  • mimpi berada di kawasan perkuburan.

Itu adalah contoh mimpi-mimpinya. Selain itu, antara ciri-ciri yang menunjukkan bahawa mimpi itu mungkin tanda gangguan ialah, mimpi yang dialami tersebut sama sahaja dan dialami sangat kerap. Contohnya dalam seminggu akan mengalami mimpi yang sama tiga atau empat kali.

Bagaimana pula kalau ada perawat yang bagitau boleh tafsir mimpi? Kalau tanya saya, saya tidak percaya. Bagi saya, jika ada yang mengaku begitu, hanya ada dua kemungkinan sahaja, iaitu yang pertama orang itu menipu. Atau yang kedua, orang itu sendiri memakai pendamping. Itu sahaja.

Jadi, selepas anda membaca artikel ini, saya harap anda dapat memahami apa yang ingin saya jelaskan di sini. Perawat tidak mampu untuk mentafsir mimpi, kerana ianya hanyalah mukjizat, contohnya dalam kisah Nabi Yusuf yang saya ceritakan di atas.

Sekiranya anda mempunyai masalah sihir yang sudah lama, dah banyak kali rawat tetapi masih belum sembuh, anda boleh mengetahui rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari di sini.

Jika anda mempunyai persoalan yang ingin diajukan kepada saya berkenaan dengan artikel di atas, sila tuliskan di ruangan komen di bawah.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

[KISAH BENAR] Kesilapan Wanita Ini Menyebabkan Gangguan Jin

$
0
0

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang tinggal bersama-sama dengan kita di bumi ini. Bahkan dalil dari al-Quran sendiri membuktikan bahawa makhluk itu jauh lebih awal mendiami bumi berbanding manusia.

Antara dalil-dalil dari al-Quran ialah:

Surah al-Hijr ayat 27:

“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”

Surah az-Zariyat ayat 56:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”

Di dalam surah az-Zariyat ini, Allah memulakan dengan perkataan jin terlebih dahulu baru perkataan manusia sebagai isyarat jin yang diciptakan terlebih dahulu.

Oleh kerana itulah, kita kena berhati-hati apabila melakukan sesuatu. Ingatlah bahawa apa-apa yang kita lakukan tidak mustahil boleh mengundang gangguan jin.

Apa yang saya nak kongsikan di dalam artikel kali ini ialah kesilapan seorang wanita yang berkongsikan gambarnya di media sosial facebook. Di mana akhirnya gambar tersebut telah digunakan untuk menghantar sihir kepada dirinya.

Apa yang saya perhatikan, trend kongsi gambar di facebook ini sebenarnya boleh dikatakan sudah semakin parah. Sebab apa saya kata begitu? Apa tidaknya, yang pertama facebook menjadi tempat kita menuai dosa. Lihat sahajalah gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat dijadikan sebagai ‘profile picture’.

Bila dah sampai mendatangkan dosa, bukan dikatakan parah ke? Saya rasa anda juga setuju dengan pandangan saya ini kan. Yang kedua, gambar suami isteri yang boleh dikatakan agak mesra, juga diupload untuk dijadikan tontonan. Saya tidak pasti apa motifnya. Saya tak tahu apa kepuasan yang mereka dapat?

Dan perbuatan-perbuatan beginilah yang boleh menjadi penyebab seseorang itu disihir. Boleh jadi, orang yang tengok gambar mesra kita suami isteri, dengki dengan kebahagiaan kita. Maka disihirnya dengan menggunakan gambar tersebut.

Boleh jadi juga, mereka yang melihat profile picture kita yang mendedahkan aurat itu cantik dan seksi, menyebabkan mereka dengki dengan kecantikan kita. Dan tidak keterlaluan kalau saya katakan mungkin gambar kita yang mendedahkan aurat itu telah menggoda mana-mana lelaki yang memandangnya.

Lihat ayat al-Quran di bawah. Ayat tersebut adalah ayat 5 dari surah al-Falaq.

“…Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya”

Dalam ayat di atas Allah menyuruh kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan orang yang dengki apabila orang tersebut melakukan perbuatan dengkinya. Ingatlah bahawa sihir juga boleh berlaku disebabkan perasaan dengki. Mengapa kita melakukan perbuatan yang boleh mengundang rasa dengki orang pada kita sedangkan Allah menyuruh kita mohon berlindung pada-Nya.

Kisah yang dilalui oleh wanita muslimah ini saya ambil dari blog ini. Semoga kita mengambil pengajaran dari kisah ini.

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.

Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

 

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”.

 

Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit.

 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan”

 

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

Kisah Nabi Muhammad Disihir & Pengajarannya

$
0
0

Pernahkah anda membaca riwayat kisah nabi Muhammad s.a.w telah disihir? Apa pandangan anda tentang kisah tersebut? Mungkin ada beberapa persoalan yang muncul dalam pemikiran anda, betul tak?

Mungkin anda terfikir, bukankah nabi Muhammad s.a.w maksum, iaitu terpelihara dari segala kejahatan manusia? Jika persoalan di atas yang bermain di dalam fikiran anda, inshaaAllah artikel yang akan anda baca ini akan memberikan jawapannya.

Selain itu, antara yang akan dibahaskan juga di dalam artikel ini ialah apakah hikmah dan pengajaran yang dapat kita sama-sama ambil dari kisah nabi Muhammad disihir ini.

Bagaimana Permulaan Kisahnya

Sebelum kita melihat apakah hikmah dan pengajaran disebalik kisah nabi Muhammad disihir ini, adalah lebih baik jika kita mengetahui bagaimana kisahnya.

Peristiwa disihirnya Rasulullah s.a.w berlaku tatkala Baginda pulang dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun ketujuh hijrah. Selain itu, ketika berlakunya peristiwa ini jugalah diturunkan dua surah yang disebut sebagai al-Mu’awwizatain, iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas.

Setelah selesai perang khaibar, maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu dengan seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sam dari Bani Zuraiq. Tujuan mereka datang berjumpa dengan tukang sihir tersebut adalah untuk melakukan sihir ke atas diri Rasulullah s.a.w.

Dengan bantuan dari seorang budak Yahudi yang juga merupakan khadam Nabi, mereka dapat mencuri sikat rambut Nabi bersama-sama dengan rambut yang ada pada gigi-gigi sikat Rasulullah.

Bersama-sama dengan bahan-bahan tersebut, maka dibuatlah patung berupa Rasulullah s.a.w daripada lilin. Lalu lilin tersebut telah ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka ditakdirkan, Rasulullah s.a.w pun terkena sihir selama 40 hari.

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang tidur, datanglah dua orang Malaikat di dalam mimpi baginda. Seorang berada dikepala dan seorang lagi dikaki Rasulullah.

Kisah ini banyak disebut di dalam hadis-hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Majjah, Muslim, An-Nasa’i dan lain-lain. Hadis yang menceritakan kisah tersebut ialah:

Diriwayatkan daripada Siti Aisyah RA, telah berkata:

“Rasulullah SAW telah disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A‘sam sehingga baginda berasa khayal melakukan sesuatu perkara, padahal baginda tidak melakukannya. Hinggalah pada suatu hari atau suatu malam ketika berada di sisiku baginda berdoa dan terus berdoa. Kemudian Nabi SAW: “Wahai ‘Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah SWT telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi berhampiran kakiku”. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya yang berada berhampiran kakinya: “Apakah penyakit lelaki ini?”. Lalu dijawab: “Terkena sihir”. Berkata lagi: “Siapa yang menyihirnya”, lalu dijawab: “Labid bin al-A‘sam. Berkata lagi: “Dengan (bahan) apa (disihir)?”, lalu dijawab: “Pada sikat dan rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda”. (Lelaki itu) bertanya lagi: “Di mana letaknya benda itu”. Lalu dijawab: “Di dalam telaga Dharwan”. Maka Rasulullah SAW mendatangi telaga itu bersama dengan beberapa orang sahabat baginda. (Setelah kembali) Nabi SAW berkata: “Wahai ‘Aishah, telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan”. Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dikeluarkan sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditimbus bahan-bahan sihir dalam telaga itu”.

Persoalan Berkaitan Dengan Kisah Nabi Disihir

Antara persoalan yang paling banyak diajukan berkaitan dengan kisah ini ialah, apakah benar Nabi disihir? Bukankah Baginda seorang yang maksum dan dilindungi oleh Allah dari kejahatan manusia. Dan sekiranya Nabi disihir, apakah ianya mempengaruhi wahyu dari Allah yang diturunkan kepada Baginda?

Jawapan untuk soalan pertama, apakah Nabi disihir?

Nabi Muhammad s.a.w memang seorang yang maksum. Firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 67, yang bermaksud:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ‌ۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

“Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Jika tidak engkau melakukannya (dengan menyampaikan kesemuanya), maka beerti engkau tidaklah menyampaikan risalahnya. Allah jualah akan memelihara mu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”

Dalam ayat di atas, perkataan maksum jelas disebut ya’simuka (yang berwarna merah) bermaksud memelihara kamu. Tafsir yang muktabar, contohnya seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Qurtubi, dan sebagainya, menerangkan bahawa bahawa maksud memelihara dalam ayat di atas ialah tidak ada orang yang mampu untuk membunuh Nabi, kerana Baginda dilindungi dan dipelihara oleh Allah.

Ayat di atas juga bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w dipelihara oleh Allah sehingga tidak berlaku suatu kemaksiatan pun ke atas Baginda dan Baginda tidak melakukan kesalahan yang sehingga mendatangkan dosa. Itu yang dimaksudkan dengan maksum dalam erti kata sebenarnya.

Tetapi, atas kapasiti/hakikat Nabi sebagai manusia biasa, Baginda juga tidak terlepas dari disakiti. Sebagai contoh Baginda pernah disakiti sehingga luka kakinya akibat dibaling batu oleh kanak-kanak upahan ketika Baginda berdakwah ke Taif.

Baginda juga mengalami luka dan juga pelbagai kesakitan, contohnya ketika Baginda bersama-sama para sahabat di dalam peperangan. Selain itu, baginda juga mengalami sakit kepala, demam dan juga sebagainya. Termasuk juga kisah nabi disihir. Kesemua di atas tidak termasuk dalam maksud maksum seperti yang dikehendaki dalam ayat di atas, kerana Nabi tetap seorang manusia biasa.

Persoalan yang kedua, apakah sihir yang berlaku pada Nabi tidak mempengaruhi wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Baginda?

Sihir yang berlaku ke atas Nabi s.a.w sebenarnya tidak memudaratkan Baginda pun, kerana tidak mengubah sesuatu pun dari wahyu Allah dan tidak dimasukkan sesuatu pun tambahan daripada syariat. Apa yang dikenakan ke atas Baginda sesuatu dalam bentuk khayalan atau waham sahaja.

Dari segi logiknya pula, wahyu yang disampaikan oleh Nabi adalah datangnya dari Allah Yang Maha Berkuasa. Apa yang berlaku ke atas Nabi (Nabi disihir) adalah kehendak Allah semata-mata, dan sudah tentulah Allah juga berkuasa untuk melindungi wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Baginda daripada terkena pengaruh sihir tersebut.

Hikmah Berlakunya Sihir Ke Atas Diri Nabi

Antara hikmah yang paling penting dari kisah nabi Muhammad s.a.w disihir ialah supaya diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi suri tauladan bagi kita, umatnya. Jika salah seorang dari kita terkena sihir, maka ingatlah bahawa manusia yang paling baik sekali dari semua makhluk Allah (iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) pun juga pernah terkena sihir.

Hikmah lain yang boleh diambil ialah, walaupun baginda disihir,  baginda tidak meminta pertolongan kepada tukang sihir, atau dukun, (untuk melawan sihir yang berlaku ke atas baginda). Akan tetapi, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam hanya meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala.

Jika salah seorang dari kita ditimpa kefakiran, kita kena ingat bahawa manusia yang paling baik dari kita (iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) pun pernah mengikat batu di perutnya (untuk menahan rasa lapar). Jika salah seorang dari kita ditimpa dengan ujian (dengan musibah), maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun juga pernah ditimpa ujian yang jauh lebih sukar dari kita. Jika salah seorang dari kita diganggu atau disiksa, maka pada diri baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam terdapat suri tauladan (iaitu baginda juga pernah diganggu dan disiksa).

Pengajaran

Dan akhir sekali, ada beberapa pengajaran penting yang boleh kita ambil dari kisah nabi disihir ini. Bagi saya, pengajaran yang boleh diambil adalah sangat penting.

  1. Walaupun Baginda seorang Rasul bahkan makhluk terbaik sekali yang pernah diciptakan Allah, tetapi baginda hakikatnya tetap seorang manusia biasa yang tidak mengetahui perkara ghaib. Rasulullah tidak mengetahui yang Baginda telah disihir melainkan selepas Baginda didatangi oleh dua Malaikat di dalam mimpinya, barulah Baginda tahu. Jadi, sekiranya ada dikalangan kita yang mengaku boleh tahu tentang sihir, contohnya siapa yang menghantar sihir, sebenarnya dia telah melakukan penipuan.
  2. Sihir berlaku adalah dengan bantuan dari syaitan. Sebab itulah tukang sihir akan melakukan perkara-perkara yang diharamkan, ataupun perkara yang mensyirikkan Allah. Kerana dengan cara itu, syaitan akan memberikan taat setia kepada tukang sihir.
  3. Peranan doa dalam menghadapi sesuatu musibah atau penyakit. Dalam kisah nabi disihir ini, dengan jelas menceritakan bahawa Baginda berulang-ulang kali berdoa kepada Allah agar memberikan petunjuk dan menyembuhkan Baginda. Sehinggalah diutus-Nya dua Malaikat kepada Baginda. Selain itu, kita juga tidak boleh berputus asa untuk berdoa dan sewajarnya diulang doa itu beberapa kali disertakan juga dengan usaha berikhtiar untuk mencari rawatannya, sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Dan akhir sekali, kesimpulan yang boleh diambil ialah kita mesti menyedari bahawa sihir adalah satu amalan yang telah wujud bukan hanya di zaman kita, bahkan ianya telah wujud di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ianya boleh mengenai kepada sesiapa sahaja, termasuklah diri Rasulullah sendiri.

Oleh itu, sebagai persediaan, kita hendaklah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, kerana hanya dengan cara itu sahaja dapat melindungi diri kita dari kejahatan sihir.

Selain itu, kita juga dituntut untuk melakukan amalan-amalan pendinding untuk diri, sebagai contoh mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur dari Nabi, contohnya mengamalkan membaca ayat Kursi, surah al-Baqarah, al-mu’awwizatain dan sebagainya.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

[Video] Ayat Pendinding Sihir

$
0
0

Ramai yang bertanyakan pada saya apakah tanda tanda sihir jika berlakunya sihir pada seseorang?

Ok, untuk nak mengenalpasti seseorang yang disihir, bukanlah boleh main cakap sahaja. Tak boleh nak kata seseorang itu disihir hanya dengan melihat pada gambar.

Dari pengalaman saya, untuk mengenalpasti apakah jenis gangguan yang dihadapi, samada saka, sihir, dan sebagainya, mesti melalui 2 proses di bawah:

Pertama: Proses Mengenalpasti

Untuk proses pertama ini, tujuannya adalah untuk memastikan terlebih dahulu, samada seseorang itu ada gangguan atau tidak. Proses ini mudah, pesakit sendiri boleh lakukan. Hanya lihat tanda-tanda di bawah jika ada pada diri.

Tanda-tanda seseorang itu ada gangguan.

  1. Sukar tidur malam.
  2. Sering terjaga tengah malam tanpa sebab.
  3. Kerap mengalami mimpi yang menakutkan.
  4. Kerap bermimpi binatang.
  5. Kerap bermimpi seolah-olah terjatuh dari tempat tinggi.
  6. Kerap bermimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  7. Kerap bermimpi diancam benda tajam.
  8. Kerap bermimpi berada di tempat kotor atau dikawasan perkuburan.
  9. Selalu sakit kepala tanpa sebab.
  10. Sering rasa berdebar-debar tanpa sebab.
  11. Rasa seperti sesuatu bergerak-gerak di dalam badan.
  12. Sering rasa lesu, malas, tidak bersemangat tanpa sebab.
  13. Cepat rasa nak marah walaupun disebabkan perkara kecil.
  14. Rasa malas untuk beribadah, terutamanya solat.
  15. Rasa malas nak berzikir.
  16. Cepat lupa tanpa sebab.

Perlu saya jelaskan di sini ialah, tanda-tanda di atas, sekiranya ada pada diri anda, anda akan sedar yang ianya hanya berlaku sejak kebelakangan ini sahaja. Sebagai contoh, mimpi-mimpi yang saya sebutkan di atas. Dulu tiada, tetapi anda dapat rasakan yang semenjak kebelakangan, ianya berlaku dengan kerap.

Kedua: Proses Merawat

Di dalam proses ini, anda boleh lakukan sendiri di rumah. Iaitu dengan mendengar bacaan ayat-ayat ruqyah. Tetapi, saya paling mencadangkan untuk anda berjumpa dengan perawat yang berpengalaman, dan juga mengamalkan kaedah perubatan Islam yang bertepatan dengan kehendak syarak.

Dalam proses kedua ini, agak sukar sedikit dan agak mengambil masa. Kerana dalam proses ini, perawat akan cuba kenalpasti jenis gangguan, apakah pesakit tersebut disihir, atau pesakit mengalami gangguan saka, dan sebagainya.

Dari pengalaman saya, pesakit yang disihir akan mengeluarkan muntah apabila dibacakan ayat ruqyah. Manakala jika pesakit mengalami gangguan saka, pesakit akan meracau-racau dalam keadaan tidak terkawal.

Dalam proses ini juga, perawat akan cuba mengesan, di manakah jin tersebut duduk di dalam badan pesakit. Apabila telah diketahui tempatnya, maka perawat akan fokus pada tempat tersebut sehinggalah jin itu keluar.

Inilah dua proses dalam rawatan untuk merawat masalah gangguan makhluk halus, tidak kiralah samada gangguan sihir, saka, dan sebagainya.

Di bawah ini, saya kongsikan dengan anda video bacaan ayat pendinding dari sihir yang boleh anda amalkan setiap hari.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 


Apakah Jin Qarin & Hubungannya Dengan Manusia?

$
0
0

Pernahkah anda mendengar istilah jin qarin? Apakah tugas mereka dan adakah semua manusia mempunyai jin qarin? InshaaAllah dalam artikel ini, saya akan kongsikan perkara-perkara yang berkaitan dengan jin qarin ini.

Qarin adalah golongan jin yang ditugaskan untuk hidup berdamping dengan setiap manusia dengan tujuan untuk menggoda dan menyesatkannya. Oleh kerana itu, qarin termasuk dari kalangan syaitan dari golongan jin.

Syeikh Ibnu Utsaimin ketika ditanya, “Apa itu qarin?”. Lalu beliau menjawab: “Qarin adalah syaitan yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia dengan izin Allah. Dia bertugas memerintahkan kemungkaran dan mencegah yang ma’aruf. Sebagaimana yang Allah firmankan:

“Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil dan kedekut), sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaan-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuannya” (Surah al-Baqarah ayat 268)

Akan tetapi, jika Allah memberikan kurnia kepada hamba-Nya berupa hati yang baik, jujur, selalu tunduk kepada Allah, lebih menginginkan akhirat dan tidak mementingkan dunia, maka Allah akan menolongnya agar tidak terpengaruh dengan gangguan jin qarin ini, sehingga dia tidak mampu menyesatkannya” (Majmu’ Fatwa 17:427)

Dalil Adanya Jin Qarin

Diantara dalil wujudnya jin qarin ialah:

a) Firman Allah:

“(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahannam, dia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat pada saat itu) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu berkata): “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong” (Surah Qaf ayat 27)

Di dalam tafsir Ibnu Katsir dinyatakan bahawasanya Ibnu Abbas r.a, Mujahid, Qatadah, dan beberapa ulama lainnya mengatakan “Yang menyertai manusia adalah syaitan yang ditugaskan untuk menyertai manusia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 7:403)

b) Hadis Nabi s.a.w

Dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi s.a.w telah bersabda: “Setiap orang diantara kamu telah diutus kepadanya seorang qarin (pendamping) dari golongan jin. Para sahabat bertanya, “Adakah termasuk engkau wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Termasuk aku. tetapi Allah membantuku untuk menundukkannya sehingga dia masuk Islam. Kerana itu, dia tidak memerintahkan aku kecuali yang baik sahaja.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tugas Jin Qarin

Nabi s.a.w telah bersabda:

“Setiap orang diantara kamu telah diutus kepadanya seorang qarin (pendamping) dari golongan jin” (Hadis riwayat Musim)

Imam an-Nawawi mengatakan, “Dalam hadis ini terdapat peringatan keras terhadap godaan jin qarin dan bisikannya. Nabi s.a.w memberitahu bahawa dia bersama kita, agar kita sentiasa berhati-hati sebaik mungkin. (Syarh Shahih Muslim, 17:158)

Syeikh Muhammad bin Shalih al-Munajid menjelaskan, “Berdasarkan pemerhatian terhadap berbagai dalil dari al-Quran dan as-Sunnah dapat disimpulkan bahawa tidak ada tugas bagi jin qarin selain menyesatkan, mengganggu dan membisikkan was-was. Godaan jin qarin ini akan semakin menjadi lemah, sebanding dengan tahap kekuatan iman pada diri seseorang.” (Fatawa Islam, tanya jawab, no. 149459)

Apakah Qarin Juga Menyertai Manusia Setelah Manusia Itu Meninggal?

Syeikh Ibnu Utsaimin menjelaskan, “Apakah qarin ini akan terus menyertai manusia, sampai menemaninya di kuburan? Jawapannya tidak. Zahir hadis menunjukkan bahawa dengan berakhirnya usia manusia tersebut, maka jin ini akan meninggalkannya. Kerana tugas yang perlu dilakukannya telah pun selesai. Apabila seseorang manusia itu mati, maka akan terputuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan, dan juga doa anak yang soleh. (HR. Muslim). (Majmu’ Fatawa, 17:427)

Cara Melindungi Diri Dari Jin Qarin

Banyakkanlah berzikir dan memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan jin qarin ini. Jika kita bersungguh-sungguh melakukan perkara ini, inshaaAllah akan datang bantuan dan perlindungan dari Allah. Allah s.w.t berfirman:

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan oleh syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui” (Surah al-A’raf ayat 200)

Di dalam Tafsir As-Sa’di dinyatakan, “Bila pun dan di dalam keadaan apa pun, ketika syaitan menggoda anda, di mana anda merasakan adanya bisikan, menghalangi anda untuk melakukan kebaikan, mendorong anda untuk melakukan dosa, atau membangkitkan semangat anda untuk melakukan maksiat maka berlindunglah kepada Allah, sandarkan diri anda kepada Allah, mintalah perlindungan kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar terhadap apa yang anda ucapkan dan Maha Mengetahui niat anda, kekuatan dan kelemahan anda. Dia Mengetahui kesungguhan anda dalam bersandar kepada-Nya, sehingga Dia akan melindungi anda dari godaan dan was-was syaitan. (Taisir Karimir Rahman, Hal.313)

Sumber: Jin Qarin Si Pendamping Manusia

Bagaimana Mendapatkan Doa Yang Makbul?

$
0
0

Bagaimanakah untuk mendapatkan doa yang dimakbulkan oleh Allah? InshaaAllah di dalam artikel ringkas ini saya kongsikan dengan anda 3 faktor yang menyebabkan doa anda dimakbulkan Allah.

Telah berkata Yahya bin Muad’z, iaitu seorang ahli sufi:

“Siapa yang Allah mudahkan baginya untuk menghadirkan hati di dalam doa, maka doanya tidak akan tertolak”

Ibnu Qayyim al-Jauziah mengatakan:

“Sesiapa yang menghadirkan hati di dalam berdoa kepada Allah, dan ia meminta dalam keadaan yang sangat memerlukan, dan kuat pengharapannya agar doanya dimakbulkan Allah, maka hampir-hampir doanya sukar untuk ditolak” (Al-Fawaid, halaman 78)

Apa yang dapat kita fahamkan di sini ialah, ada tiga sebab utama yang menjadi faktor sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah.

  1. Hati tidak lalai ketika berdoa, bermaksud ketika berdoa, orang yang berdoa itu benar-benar menghayati setiap doa yang diucapkannya.
  2. Benar-benar memerlukan. Maksudnya ia berdoa dalam keadaan dia benar-benar mengharapkan atau memerlukan apa yang didoakannya.
  3. Meletakkan pengharapan dan keyakinan yang tinggi di dalam hatinya bahawa doanya akan dimakbulkan Allah.

Dalil yang menguatkan tiga perkara di atas adalah seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin doa akan dimakbulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengkabulkan doa dari hati yang lalai” (HR. Tirmidzi, no. 3479. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Manakala dalil yang menguatkan bahawa apabila berdoa dalam keadaan yang sangat memerlukan kepada apa yang didoakan, menjadikan doa itu cepat dimakbulkan adalah berdasarkan kepada hadis di bawah:

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

“Kemudian Nabi s.a.w telah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangan ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari benda yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya” (Hadis riwayat Muslim, no 1015)

Sebenarnya dalam keadaannya yang sangat memerlukan itu membuatkan doanya termakbul, tetapi oleh kerana ia mengambil dari sumber yang haram, menyebabkan doanya terhalang untuk dimakbulkan Allah.

Semoga dengan melakukan 3 perkara di atas, dan meninggalkan perkara yang haram, Allah akan memakbulkan semua doa kita, inshaaAllah.

Sumber: 3 sebab utama doa termakbul

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?

$
0
0

Dari pengalaman saya di dalam bidang perubatan Islam, ada pelbagai jenis sihir yang diamalkan, khususnya di dalam masyarakat Melayu.

Jenis-jenis sihir ini dibezakan berdasarkan kepada apa tujuan ianya dihantar kepada mangsa. Melalui pembacaan dan pengalaman saya, ada lebih kurang sembilan jenis sihir yang popular atau sering dilakukan.

Persoalannya, bagaimana caranya kita nak membezakan jenis-jenis sihir ini?

Tonton video di bawah. Di dalam video ini, anda akan ditunjukkan cara bagaimana untuk mengenalpasti jenis-jenis sihir tersebut.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

6 Jenis Punca Gangguan Jin

$
0
0

Al-quran adalah sebuah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk menjadi panduan kepada seluruh umat manusia. Sebagai seorang yang beriman, mempercayai dengan seluruh isi kandungan al-Quran adalah termasuk di dalam rukun Iman.

Diantara banyak-banyak ayat al-Quran, Allah ada menceritakan sejenis makhluk ciptaan-Nya yang bernama jin. Antara ayat-ayat yang menyentuh dan membuktikan kewujudan makhluk jin ini ialah:

Di dalam Surah al-Hijr, ayat 25-27, Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah menciptakan Jin sebelum diciptakan manusia dari api yang sangat panas”

Di dalam Surah ar-Rahman ayat 15 yang bermaksud:

“Dia (Allah) menciptakan Jaan (jin) dari nyala api (pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)”

Di dalam Surah ar-Rahman ayat 33 yang bermaksud:

“Wahai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintas) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan”

Berdasarkan kepada tiga ayat di atas, maka jelaslah bahawa selain manusia, ada sejenis makhluk lain lagi yang Allah ciptakan dengan kehebatan dan kekuasaan-Nya iaitu jin. Oleh itu, kita harus mengakui dengan wujudnya jin itu, maka gangguan jin itu juga wujud dengan sendirinya.

Termasuk juga di dalam golongan jin ialah Iblis dan syaitan.

Mengapa Jin mengganggu manusia?

Seperti yang telah saya nyatakan di atas bahawa Iblis adalah makhluk yang tergolong dikalangan jin. Kita semua tahu bahawa Iblis ini ialah makhluk yang ingkar kepada perintah Allah iaitu apabila Iblis enggan untuk sujud hormat kepada Nabi Adam.

Allah menceritakan kisah Iblis ini di dalam Surah al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”

Akibat keengganan Iblis ini menyebabkan ia mendapat laknat dan dikeluarkan Allah dari syurga. Dan atas sebab itulah Iblis telah menyimpan dendam kepada Adam dan seluruh keturunannya. Iblis telah berjanji dihadapan Allah untuk menyesatkan manusia.

Janji Iblis ini telah Allah rakamkan di dalam al-Quran, iaitu di dalam Surah al-Hijr ayat 39 yang bermaksud:

“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”

Dan salah satu agenda Iblis untuk menyesatkan dan merosakkan manusia ialah melalui tenteranya iaitu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jadi saya harap anda sudah pun faham mengapa jin ini mengganggu manusia.

Matlamat utamanya ialah untuk merosakkan dan menyesatkan manusia.

Apabila jin masuk ke dalam badan manusia, tempat pertama dan paling utama yang akan ia kuasai ialah di otak dan juga tulang belakang yang berhampiran dengan urat saraf. Tujuannya ialah apabila mereka telah menguasai dua tempat tersebut, jin dengan mudah akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi manusia tersebut.

Buktinya anda lihatlah sendiri mereka yang telah disihir. Manusia yang telah disihir ini akan berubah pemikiran dan emosinya. Sebagai contoh, seseorang yang telah terkena sihir pemisah, biasanya seorang suami atau isteri yang sangat menyayangi pasangannya akan berubah perasaanya kepada benci yang teramat sangat.

Selain itu, berdasarkan pengalaman saya juga, apa yang saya perhatikan, pesakit-pesakit yang terkena gangguan jin akan mengalami apa yang dipanggil “anxiety level” atau tahap kebimbangan yang tinggi.

Apabila pesakit yang terkenan gangguan jin ini mengalami gejala “anxiety level” yang tinggi, mereka akan sering berasa takut, risau, bimbang, dan gelisah tanpa mengetahui apa puncanya.

Untuk pesakit yang lebih kronik, gejala “anxiety level” ini akan menjadikan mereka berasa lebih takut apabila berada di tempat-tempat yang mempunyai ramai orang, contohnya di dalam bas, pasaraya, bahkan masjid sekalipun terutamanya ketika solat Jumaat.

Apabila fikiran terganggu, pesakit juga akan mengalami tekanan jiwa yang amat dahsyat. Dan, antara contoh penyakit yang diakibatkan oleh tekanan jiwa yang berpunca dari gangguan jin, ialah masalah kemurungan. Tahukah anda bahawa masalah kemurungan yang dah kronik boleh mengakibatkan pesakit mengambil tindakan membunuh diri!

Bagi pesakit yang mengalami gangguan saraf yang berpunca dari gangguan jin pula, ianya akan mengakibatkan mereka mengalami sakit pinggang, sakit otot, tengkuk, bahu, rahim dan kadang-kadang sistem pernafasan.

Jenis-Jenis Punca Gangguan Jin

  1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.
  2. Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.
  3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
  4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka. Dari pengalaman penulis, kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.
  5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin. Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh penulis. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
  6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keterunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.

Gangguan jin adalah satu kejadian yang tidak boleh kita nafikan kewujudannya. Pengalaman saya selama 7 tahun ini membuktikan bahawa apabila seseorang yang telah terkena gangguan jin ini akan mengambil masa yang agak lama untuk merawatnya.

Jadi, nasihat saya dekatkanlah diri kita kepada Allah. Sentiasa tetap melaksanakan segala suruhan-Nya dengan istiqamah. Selain itu, perbanyakkanlah amalan-amalan sunat, terutamanya membaca al-Quran dan berzikir.

Kerana hanya inilah satu-satunya jalan, tiada jalan lain yang boleh dipilih untuk kita semua mengelakkan diri dari gangguan jin. Akhir kata, hayatilah makna ayat al-Quran ini:

“Sesungguhnya ia (iblis & syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah al-A’raf ayat 27)

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah. 1)

$
0
0

Jin adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang juga diberikan kelebihan yang tidak ada pada manusia. Diantara kelebihan jin adalah mereka mampu untuk mengubah bentuk asal mereka kepada apa sahaja bentuk yang diingini.

Makhluk jin sama seperti manusia. Mereka makan, minum, berpasangan, menambah zuriat keturunan, berkeluarga dan seterusnya bermasyarakat seperti kita. Selain itu, kelebihan jin adalah mereka dijadikan oleh Allah tidak berjasad seperti kita.

Ini menjadikan mereka dapat melihat kita sedangkan kita pula tidak mampu untuk melihat mereka. Dikalangan jin ada yang Islam, dan ada juga yang kafir. Yang Islam pula ada sesetengahnya terdiri dari kalangan jin-jin yang bersifat fasik dan munafik.

Golongan jin yang selalu menggangu manusia adalah terdiri dikalangan jin yang kafir, yang fasik dan munafik ini.

Pernahkah anda mendengar gangguan-gangguan jin seperti wanita yang disetubuhi jin, bayi dalam kandungan hilang secara tiba-tiba, kerasukan, dan sebagainya? Gangguan seperti ini sebenarnya banyak berlaku di dalam masyarakat.

Bahkan mungkin anda yang sedang membaca artikel saya ini pun pernah melaluinya. Paling kurang pun mungkin anda pernah menyasikan sendiri gangguan-gangguan jin berlaku dihadapan anda.

Apabila berlakunya gangguan jin seperti yang saya sebutkan di atas, ramai dikalangan kita yang pergi mendapatkan rawatan. Ada sesetengahnya mendapatkan rawatan dari perawat-perawat yang menggunakan kaedah yang dibenarkan syarak.

Dan tak kurang juga ada yang pergi mendapatkan rawatan dari bomoh, tukang tilik, tukang sihir, tukang tenung, dukun, pawang dan sebagainya. Walaupun kebiasaanya mereka ini juga menggunakan khidmat dan bantuan dari jin, ada sesetengah masyarakat yang lebih percayakan kepada golongan begini.

Tetapi, walau apa sekalipun dan kaedah bagaimana pun yang dipilih, kita semua masih belum pasti apakah punca atau apakah sebab golongan jin mengganggu manusia. Jadi dalam artikel saya kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 11 sebab mengapa jin mengganggu manusia.

1) Jin Jatuh Cinta Kepada Manusia

Sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran, iaitu surah al-A’raf ayat 27 yang bermaksud:

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya ‘auratnya. Sesungguhnya ia (iblis/syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Ayat di atas menjadi dalil bahawa jin dapat melihat manusia sedangkan manusia tidak mampu untuk melihat jin. Selain itu, jin juga adalah makhluk yang dikurniakan nafsu syahwat oleh Allah.

Oleh kerana jin melihat kita, sedangkan kita tidak dapat melihat mereka, kita perlu berhati-hati. Berhati-hati dari sudut apa? Kita perlu berhati-hati agar jin tidak melihat aurat kita yang akan menjadikan mereka tertarik dengan kita.

Walaupun ada kes jin betina yang tertarik dengan manusia, fenomena jin tertarik dengan manusia lebih banyak berlaku dikalangan wanita.

Apabila sesorang manusia itu telah dicintai oleh jin, jin tersebut akan melakukan apa sahaja untuk memastikan yang mereka dapat memiliki dan menguasai manusia yang dicintainya. Jin akan cuba menghalangi manusia tersebut daripada bertemu dengan jodohnya.

Antara ciri-ciri seseorang yang telah dicintai oleh jin ialah dia sering bermimpi bertemu dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Orang yang tidak dikenali itu akan datang berulang kali di dalam mimpinya.

2) Ada Perjanjian Nenek Moyang Dengan Jin

Ini juga adalah alasan mengapa jin mengganggu manusia. Mungkin kita tidak mengetahui, tetapi ada sesetengah orang-orang dulu yang membuat perjanjian dengan jin untuk membantu atau menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi.

Bahkan ada juga dari kalangan orang dulu yang membuat perjanjian dengan jin meminta kepada jin tersebut untuk menjaga seluruh keturunannya. Oleh kerana itu, jin yang memegang perjanjian tersebut akan mencari dan mengekori keturunan manusia tersebut.

Ada beberapa kes yang saya rawat, di mana jin yang berada di dalam badan pesakit mengakui bahawa dia masuk ke dalam badan manusia adalah dengan tujuan untuk menjaga manusia tersebut kerana ada perjanjian yang telah dibuat antara jin dengan keturunan manusia.

3) Menyakiti Jin Atau Mengganggu Kediamannya Tanpa Sengaja

Sebab yang seterusnya jin mengganggu manusia adalah kerana tempat tinggalnya telah diganggu oleh manusia tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Oleh kerana marah dengan perbuatan tersebut, maka jin yang  diganggu itu akan masuk ke dalam manusia dan menyebabkan pelbagai masalah kepada manusia tersebut.

Sebab itu ada hadis di mana Rasulullah melarang umatnya daripada kencing di dalam lubang, iaitu hadis riwayat an-Nasai, no 34. Rasulullah melarang kerana lubang adalah tempat tinggal jin.

(Artikel ini akan bersambung dalam bahagian 2)

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Viewing all 131 articles
Browse latest View live